SHAH ALAM: Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan risau UMNO akan menjadi parti yang pemimpinnya terus takut untuk bersuara kerana khuatir akan dibuang.
Beliau berkata, keadaan itu ia akan menerapkan budaya takut untuk bersuara dalam kalangan pemimpin parti itu.
"Sebabnya sekarang mereka nampak, kalau kritik sikit pun dah boleh kena buang.
"Kalau inilah yang berterusan berlaku dan diterapkan dalam minda ahli UMNO terutama orang muda, ia adalah satu perkara yang merugikan parti," katanya selaku tetamu pada program Sinar Live bertajuk 'Pahit nak telan, tapi...' yang dihoskan Hazwan Mokhtar dan disiarkan di Facebook Sinar Harian pada Khamis.
Pada Jumaat lalu media melaporkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan penggantungan enam tahun keahlian bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang kemudiannya dipecat atas kehendak beliau sendiri.
Turut digantung keahlian bagi tempoh sama adalah Shahril; Ketua UMNO Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
Malah, Shahril menegaskan, ketika ini juga sudah wujud persepsi dalam kalangan orang luar bahawa UMNO tidak membenarkan pemimpinnya daripada bersuara susulan pemecatan dan penggantungan keahlian pemimpinnya itu.
Bagaimanapun, katanya, pucuk pimpinan UMNO akan menafikan dakwaan itu dengan jawapan klise iaitu masih ada ruang untuk mengkritik tetapi mesti mengikut saluran yang betul.
"Skrip jawapannya nanti mesti akan macam itu," ujarnya.
Sementara itu, Shahril turut membidas pemimpin UMNO yang mengeksploitasikan kepercayaan akar umbi untuk membenci kelompok yang berbeza pandangan dalam parti itu.
Menurutnya, pelbagai gelaran tidak baik diberikan kepada kelompok yang berbeza pandangan bagi menimbulkan rasa kebencian.
"Dalam ucapan saya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tempoh hari, saya sebut bahawa bila ada (pemimpin yang) beza pandangan sahaja dia digelar ejen Perikatan Nasional (PN), asal kritik sahaja dilabel macai kepada orang-orang tertentu.
"Gelaran ini dijual kepada akar umbi. Itu tidak adillah kerana akar umbi akan percaya apa sahaja yang diceritakan pemimpin," jelasnya.
Kata beliau, tindakan pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu juga hanya akan memangsakan penyokong UMNO yang tidak tahu perkara sebenar. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 02 2023
Shahril berkata tindakan pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu juga hanya akan memangsakan penyokong UMNO yang tidak tahu perkara sebenar. - Foto Sinar Harian
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
'Syed Saddiq, ahli Parlimen jujur dan berprinsip' - Khairy
Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan adalah berprinsip.
Perlu ada suruhanjaya yang bebas untuk tangani isu berita palsu dan fitnah - Khairy
Isu berita palsu dan fitnah di negara ini boleh ditangani sekiranya sebuah suruhanjaya yang bebas dibentuk dan diberi kuasa bagi menangani isu berkenaan.
KJ, Shahril puji pendekatan Ekonomi Madani
Dengan menaikkan siling, Malaysia mampu terbang jauh menjadi peneraju ekonomi serantau Asia, dunia, destinasi pelaburan serta industri berteraskan digital.
Anwar, Muhyiddin berjasa dalam penyelesaian hutang peneroka Felda
Shahril Sufian Hamdan berkata, isu itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian kedua-dua pihak berkenaan.
PRN: Pendirian MUDA gerak solo tindakan berani - Shahril Hamdan
Shahril Sufian Hamdan memaklumkan pihaknya menyambut baik langkah itu memandangkan sudah tiba masanya untuk MUDA memiliki pendirian dan tidak dilayan seperti parti 'kelas kedua'.
Kembali ke UMNO: "Tidak mengapalah, kita duduk di luar dahulu..." - Shahril
Bekas ahli UMNO, Khairy Jamaluddin dan ahli parti yang digantung, Shahril Sufian Hamdan menegaskan buat masa sekarang, mereka sudah move on daripada parti itu.
67 peratus undi tak wajar KJ-Shahril tubuh parti baharu
Khairy menerusi podcast sebelum ini memaklumkan mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu.
OPR naik, BNM perlu proaktif beri penjelasan - Shahril Hamdan
Bank Negara Malaysia (BNM) disarankan untuk mengambil peranan lebih proaktif terutama dalam memberi penjelasan kepada masyarakat terutama peminjam.
Khairy, Shahril dipelawa sertai DAP, perlukan calon Perdana Menteri
Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan mendapat pelawaan untuk menyertai DAP.